Total Pageviews

About Me

My photo
semuanya datang dari hati

Friday 14 October 2011

nyawaku yang Allah utuskan


abah dan mama i love you.....


Ahmad Kamal Bin Rashid(abah) itulah pembimbimgku dari awal kelahiran ku hingga sekarang. Marah, bengis, tegas dan cerewet itulah abahku.tapi itu bukanlah realiti kerana impaknya telah mendewasakanku. Aku diajar untuk tidak berkelakuan buruk, mengajarku bersikap tidak campur urusan orang tua ketika bukan umur, mengajarku untuk menjadi anak sulung kepada 3 orang adik. Aku akui kami sekeluarga selamat berada di sampingnya. Kini aku meningkat dewasa diajar aku erti kehidupan.mencari rezki anak dan isteri.keselesaan keluarnya amat abah pentingkan.sayang akan anak2nya.bekerja dengan penuh keikhlasan sekali berbakti untuk negara. Kini aku dilayan seperti orang dewasa. Sporting abahku. abahku adalah seorang yang hebat mengurus keluarganya. bersikap patriotik dan ditanam ke dalam peribadi anak2nya. Aku ingat ketika aku berusia 16 tahun aku ditampar kerana menaiki motor tanpa lesen. kini aku sudah memiliki lesen kereta dan moto.aku mendapatnya ketika aku selesai SPM ku.Abahku memang seorang pandai mengurus keluarganya. satu lagi yang xkan kulupa dan dan akan kubawa ialah sesuatu yang pernah abah dendangkan kepada anak2nya sejak kecil lagi.
"lelapkanlah mata, jangan bimbang abah nyanyikan aduhai along cubalah ingat
pesan abah buatlah azimat, baik budi bahasa, buat jahat nanti orang susah
jangan belagak sombong, orang benci hidup tak beruntung adauhai sayang.
cahaya mata abah, kau seorang penghibur hati di kala sunyi
kasih abah menjadi ingatan, seumpama hujan turun lebat dihari yang panas,".....

Sazlina Binti Ismail(mama) seorang mama yang sama sekali tiada penggantinya di dunia ini. satu2nya mama yang akan membantu kami dalam masalah kecil mahupun besar. memang tampak garang tapi dialah dalam senyap sedikit sebanyak membantu keluarga kami. mempunyai anak2 yang nakal tapi itu semua dapat mama atasi. air tanganya amat kami rindui jika dia tiada lagi disisi.walau telur goreng sekalipun masakan mama sedaya upaya mama untuk membuat kami berselera untuk makan. mencari rezki untuk anak2nya.sering melihat titisan air matanya kerana karenah anak2nya. selalu mengungkapkan 'along belajarlah along.bila ada ilmu susah untuk orang pijak kita.' melihat anak2nya berjaya dalam pelajaran adalah impian mama. ingin melihat anak2nya melangkah ke menara gading.

"MAMA ABAH DI SINI ANAKMU INGIN MEMOHON SERIBU KEMAAFAN ATAS SALAH DAN DOSA YANG PERNAH ALONG LAKUKAN.HALALKAN MAKAN DAN MINUM ALONG. ALONG DI SINI AKAN SENTIASA MERINDUI KALIAN BERDUA.'

SALAM SAYANG DARI ANAKMU ALONG.

1 comment: